BAGAIMANA INDIVIDU BERGAJI CASH BOLEH MEMBELI KERETA !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita sedia maklum bahawa bagi individu yang ingin membeli kereta melalui pinjaman bank, mereka mesti menyediakan dokumen-dokumen seperti kad pengenalan, slip gaji dan penyata bank.

Tetapi ada sesetengah individu yang tidak dapat menyediakan sebahagian dokumen tersebut seperti penyata bank kerana mendapat gaji secara cash/tunai. Jadi di sini saya kongsikan bagaimana individu ataupun anda yang bergaji cash/tunai boleh membeli kereta.

Seperti biasa, anda WAJIB menyediakan dokumen-dokumen seperti di bawah :

  1. Kad pengenalan
  2. Lesen memandu
  3. Slip gaji 3 bulan terbaru

Kerana anda mendapat gaji secara cash/tunai, jadi penyata bank TIDAK WAJIB DISERTAKAN.

____________________________________________________________________________________________________

TIPS EXTRA

Bila anda mendapat gaji, elakkan terus berbelanja menggunakan duit tersebut.

Anda masukkan dahulu duit tersebut ke dalam bank secara cash deposit, kemudian baru keluarkan duit tersebut untuk berbelanja dan sebagainya.

Tujuannya supaya bank dapat melihat transaksi duit gaji masuk walaupun dalam penyata bank rekodnya adalah CASH DEPOSIT.

Jika anda melakukan tips extra ini, boleh sediakan penyata bank sebagai dokumen tambahan di atas.

Jika anda tidak melakukan tips extra yang disebutkan di atas, anda perlu menyediakan dokumen tambahan iaitu :

  1. Penyata KWSP (EPF Statement) 1 tahun terakhir
  2. Penyata LHDN (Income Tax Statement)

Kenapa anda harus sediakan dokumen no 4 & 5? Ini bertujuan supaya bank dapat menilai gaji anda berdasarkan potongan KWSP yang dibuat setiap bulan.

Dokumen no 5 juga perlu disediakan supaya bank dapat menilai pendapatan anda selama 1 tahun. Jadi bank dapat membuat anggaran gaji anda untuk 1 bulan.

Tetapi bagaimana jika gaji anda tidak ada penolakan KWSP sama sekali? Ataupun gaji anda tidak layak untuk membayar cukai pendapatan?

___________________________________________________________________________________________________

Maka anda WAJIB MENYERTAKAN PENJAMIN untuk membantu meluluskan permohonan loan kereta.

Bagi anda yang ingin mengetahui penjamin yang dibenarkan oleh pihak bank, boleh KLIK DI SINI.

Dan bagi anda yang ingin mengetahui ciri-ciri penjamin yang bagus, boleh KLIK DI SINI.

____________________________________________________________________________________________________

Katakanlah anda tidak mempunyai penyata KWSP dan juga penyata LHDN. Anda juga tidak mempunyai penjamin yang berkualiti. Apa lagi cara lain yang boleh anda lakukan untuk membeli kereta?

Cara yang terakhir adalah BELI KERETA SECARA CASH/TUNAI, kerana anda tidak mempunyai dokumen yang mencukupi untuk melayakkan anda membeli kereta melalui pinjaman bank.

Saya mendoakan supaya anda yang bergaji cash/tunai dapat membeli kereta. Sekian sahaja tips dan panduan yang dapat saya berikan bagi individu bergaji cash untuk membeli kereta melalui pinjaman bank.

Jika anda ingin membeli kereta baru, boleh KLIK LINKNYA DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *