Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya nak berkongsi tentang penubuhan salah satu syarikat pengeluar kereta yang paling popular di Malaysia iaitu PERODUA.
PERODUA, singkatan daripada PERusahaan Otomobil keDUA Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengeluar kereta tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1993 (lebih kurang 10 tahun selepas penubuhan PROTON).
Kilang pengeluarannya terletak di Serendah, Selangor seluas 80 hektar.
Syarikat Perodua dimiliki oleh entiti berikut :
- UMW Corporation Sdn Bhd (38%)
- Daihatsu Motor Co. Ltd (20%)
- MBM Resources Bhd (20%)
- PNB Equity Resources Corporation Sdn Bhd (10%)
- Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd (5%)
- Mitsui & Co. Ltd (4.2%)
- Mitsui & Co. (Asia Pacific) Pte. Ltd (2.8%)
Sejak penubuhan Perodua, mereka tidak mahu bersaing dengan Proton kerana akan merugikan sesama mereka kerana target market kedua-dua syarikat pengeluar kereta ini adalah rakyat tempatan.
Justeru, Perodua berencana mengeluarkan segmen kereta yang lebih kecil (kereta mini dan super mini) dan mampu milik.
Maka pada tahun 1994 (1 tahun selepas penubuhannya), Perodua mengeluarkan kereta pertama mereka iaitu Perodua Kancil. Ia adalah model rebadge dari model Daihatsu iaitu model Mira L200 series. Atau dalam erti kata lain, ia adalah model Daihatsu yang diletakkan logo Perodua dan dipasarkan di Malaysia.
Perodua Kancil adalah antara model Perodua yang paling laris di Malaysia iaitu sebanyak lebih 700,000 unit dan dihentikan pengeluarannya pada tahun 2009 setelah menjalani 4 facelift dengan 3 model.

Model Kancil ini sangat diminati oleh pemandu baru dan juga wanita kerana saiznya yang kompak, juga banyak digunakan oleh sekolah memandu kerana sangat jimat minyak.
Strategi Perodua pada awal penubuhannya adalah bermula dengan rebadge kereta-kereta jenama lain (Daihatsu) untuk menjimatkan kos pembangunan, reka bentuk dan vendor. Dalam masa yang sama, mereka ingin membangunkan kebolehan kepakaran tempatan supaya dapat mengeluarkan kereta yang lebih baik pada masa akan datang.
Pada tahun 1996, Perodua melancarkan model Rusa, iaitu rebadge dari Daihatsu Zebra. Model ini diminati oleh golongan peniaga kerana memudahkan untuk menyimpan stok-stok bisnes.

Pada tahun 1998 pula, Perodua Kembara, sebuah kereta 4×4 telah dilancarkan bertujuan bagi memikat pengguna yang sukakan aktiviti offroad dan tahan lasak.

Perodua mengeluarkan model-model baru dalam jangka masa 1 – 2 tahun sehinggalah tahun 2005, apabila Perodua Myvi dilancarkan.
Perodua Myvi (Daihatsu Sirion/Toyota Passo) sehingga artikel ini ditulis, adalah model yang paling laris di Malaysia antara tahun 2006 – 2010 (5 tahun berturut-turut). Dan kereta ini telah menjadi kereta paling legend kerana ketahanannya dan sesuai dipandu dalam keadaan apa sahaja sehingga digelar “KING” oleh rakyat Malaysia.

Begitulah sejarah penubuhan Perodua di Malaysia. Mereka tidak bersaing market yang sama dengan Proton, sebaliknya menfokuskan kepada rakyat Malaysia yang menginginkan kereta kompak dan jimat minyak.
Bagi anda yang ingin membeli kereta baru, boleh KLIK LINKNYA DI SINI.
