DOKUMEN APA YANG DIPERLUKAN UNTUK APPLY LOAN KERETA ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam topik kali ini saya nak berkongsi tentang dokumen-dokumen yang diperlukan untuk apply loan kereta. Bagi anda yang pernah membeli kereta menggunakan pinjaman bank, pastilah anda pasti sudah sedia maklum dengan dokumen-dokumen tersebut.

Secara asasnya, dokumen-dokumen yang diperlukan lebih kurang sama, tetapi ada sedikit perbezaan dari segi pekerjaan, bisnes, lepasan graduan dan sebagainya. Dan di sini saya akan kongsikan dokumen yang diperlukan dalam setiap situasi yang memungkinkan.

  1. Bagi kakitangan kerajaan, dokumen yang diperlukan lebih mudah. Anda hanya perlu sediakan :
  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu
  • Slip gaji 3 bulan terbaru berturut-turut

 

  1. Bagi pekerja swasta pula, ada tambahan dokumen yang perlu anda sediakan iaitu :
  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu
  • Slip gaji 3 bulan terbaru berturut-turut
  • Penyata bank 3 bulan terbaru berturut-turut

 

  1. Bagi pekerja swasta yang gaji berasaskan komisen seperti penjual kereta, agen hartanah, agen penapis air dan sebagainya, anda perlu menyediakan :
  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu
  • Slip gaji 6 bulan terbaru berturut-turut
  • Penyata bank 6 bulan terbaru berturut-turut
  • Penyata income tax

 

  1. Untuk anda yang memiliki bisnes bertaraf enterprise, dokumen yang diperlukan adalah :
  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu
  • Sijil pendaftaran SSM
  • Penyata bank 6 bulan terbaru berturut-turut (akaun semasa)
  • Penyata income tax

Nota :

  • Anda mesti berdaftar dengan SSM sekurang-kurangnya 2 tahun dari tempoh anda ingin apply loan kereta (menunjukkan bisnes anda sudah kukuh dan mempunyai income yang stabil)
  • Anda juga sebaiknya menggunakan akaun semasa untuk menunjukkan bisnes anda lebih profesional

 

  1. Bagi anda yang ingin membeli menggunakan bisnes bertaraf sendirian berhad (SDN BHD), dokumen yang harus disediakan adalah :
  • Kad pengenalan pengarah syarikat
  • Borang 9
  • Borang 13
  • Borang 24
  • Borang 44
  • Borang 49
  • Penyata bank 6 bulan terbaru berturut-turut

 

  1. Bagi anda yang gajinya tunai di tangan (cash by hand), bermaksud pendapatan tidak terus masuk ke dalam akaun bank, anda perlu menyediakan :
  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu
  • Slip gaji 3 bulan terbaru berturut-turut
  • Penyata EPF
  • Penyata income tax

 

  1. Bagi anda yang bekerja dalam bidang ehailing, rider dan yang seangkatan dengannya, anda perlu sediakan :
  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu
  • Penyata gaji 6 bulan terbaru berturut-turut
  • Penyata bank 6 bulan terbaru berturut-turut
  • Penyata income tax

 

  1. Bagi anda lepasan graduan dan baru bekerja, dokumen yang perlu anda sediakan adalah :
  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu
  • Surat tamat belajar/sijil konvo
  • Surat tawaran kerja
  • Slip gaji 1 bulan terbaru
  • Penyata bank 1 bulan terbaru

 

Inilah dokumen-dokumen yang diperlukan bagi individu/pemilik syarikat yang ingin apply loan kereta. Mudah-mudahan tips kali ini berguna dan dapat dipraktiskan oleh anda.

 

Bagi anda yang ingin membeli kereta Proton, boleh klik LINKNYA DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *