TIPS MEMBELI KERETA BAGI LEPASAN GRADUAN !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi lepasan graduan yang ingin membeli kereta, biasanya akan hadapi sedikit kesukaran kerana beberapa masalah, antaranya :

  • Baru bekerja
  • Status jawatan masih percubaan (probation)
  • Gaji masih rendah

Di sini saya kongsikan tips dan cara bagaimana anda sebagai lepasan graduan boleh membeli kereta.

TIPS PERTAMA

Bagi anda lepasan graduan sama ada lulusan diploma, ijazah, sarjana dan sebagainya, boleh gunakan tips ini. Tetapi ada kriteria yang mesti dipenuhi iaitu :

  1. Sudah tamat belajar ( belum konvokesyen, tak ada masalah )
  2. Sudah mendapat tawaran kerja ( ada surat tawaran )
  3. Sudah bekerja ( minimal 1 minggu )
  4. Wajib ada lesen memandu
  5. Gaji pokok minimal RM1,500

Anda yang memenuhi kriteria di atas boleh membeli kereta menggunakan khidmat BANK ISLAM. Bank Islam melayakkan anda memohon loan kereta walaupun anda baru bekerja (tidak sampai sebulan/tiada slip gaji)

Anda perlu menyediakan dokumen berikut :

  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu
  • Surat tawaran kerja (offer letter)
  • Surat tamat belajar/sijil konvokesyen

Bagaimana jika anda tidak ingin menggunakan Bank Islam untuk permohonan loan kereta? Anda nak gunakan khidmat bank lain seperti Maybank, Ambank dan sebagainya.

TIPS KEDUA

Bagi anda yang memenuhi ke-5 kriteria di atas, dan ingin menggunakan khidmat bank lain selain Bank Islam, anda perlu

  • Bekerja minimal 2 bulan
  • Mempunyai slip gaji untuk 2 bulan pertama
  • Mempunyai penyata bank (untuk bank lihat kemasukan gaji 2 bulan pertama)

Kenapa minimal 2 bulan? Kerana biasanya bulan pertama, anda tidak akan mendapat gaji penuh berdasarkan apa yang tercatat dalam surat tawaran kerja.

Jadi bank akan melihat slip gaji pada bulan ke-2 yang menunjukkan gaji sebenar anda.

Anda perlu menyediakan dokumen berikut :

  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu
  • Surat tawaran kerja
  • Surat tamat belajar/sijil konvokesyen
  • Slip gaji bulan 2 bulan terbaru
  • Penyata bank 2 bulan terbaru

Katakanlah anda memenuhi kriteria-kriteria yang dinyatakan di atas (sudah tamat belajar, sudah bekerja dan sudah mendapat tawaran bekerja) tetapi bagaimana jika anda tiada lesen memandu?

TIPS KETIGA

Bagi anda yang tiada lesenĀ  memandu, anda tetap perlu menyediakan dokumen berikut :

  • Kad pengenalan
  • Surat tawaran kerja
  • Surat tamat belajar/sijil konvokesyen
  • Slip gaji bulan 2 bulan terbaru
  • Penyata bank 2 bulan terbaru

dan perlu sertakan dokumen tambahan. Untuk penjelasan lanjut, boleh KLIK LINKNYA DI SINI.

TIPS KEEMPAT

Bagaimana jika anda sudah tamat belajar, mempunyai lesen memandu tetapi belum mendapat tawaran pekerjaan?

Anda perlu mendapatkan penjamin kerana status anda masih menganggur/tidak bekerja di mana anda belum mempunyai apa-apa pendapatan. Jadi bank akan meminta dokumen penjamin untuk menyokong permohonan anda.

Anda hanya perlu menyediakan :

  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu

Manakala penjamin anda perlu menyediakan :

  • Kad pengenalan
  • Slip gaji 3 bulan terbaru
  • Penyata bank 3 bulan terbaru

Bagi anda yang ingin tahu kriteria penjamin yang dibenarkan oleh pihak bank, boleh KLIK DI SINI.

Bagi anda yang ingin mengetahui ciri-ciri penjamin yang bagus, boleh KLIK DI SINI.

 

Sekian sahaja 4 tips bagi anda, lepasan graduan untuk membeli kereta. Semoga panduan ini memudahkan anda membeli kereta pada masa akan datang.

 

Dan bagi anda yang ingin membeli kereta baru, boleh KLIK LINKNYA DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *