TIPS MEMILIH PENJAMIN LOAN KERETA YANG BAGUS !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang anda sedia maklum, ada sesetengah kes di mana bila anda membuat permohonan loan kereta, pihak bank meminta penjamin (guarantor) kerana dokumen anda tidak begitu kukuh.

Tetapi, seringkali penjamin yang disediakan anda, ditolak oleh pihak bank. Jadi kali ini, saya nak kongsikan tips bagaimana memilih penjamin loan kereta yang bagus.

TIPS PERTAMA

Pastikan penjamin bebas dari masalah blacklist, AKPK, dan bankrap. Penjamin yang mempunyai rekod blacklist, AKPK, dan bankrap tidak layak sama sekali menjadi penjamin kerana rekod pinjaman mereka yang buruk.

TIPS KEDUA

Penjamin mesti mempunyai gaji pokok (basic salary) lebih tinggi dari gaji pokok pemohon. Sebagai contoh :

Pemohon mempunyai gaji pokok sebanyak RM1,500. Jadi penjamin harus mempunyai gaji pokok minimal RM1,700 dan ke atas. Lebih bagus jika mempunyai gaji pokok lebih dari RM2,000.

TIPS KETIGA

Sebaiknya pilih penjamin yang mempunyai komitmen loan yang rendah. Bagaimana mahu tentukan komitmen banknya rendah? Soalan yang bagus. Total komitmen bank/loan mestilah tidak melebihi 30% dari gaji bersih beliau.

Saya beri contoh, katakanlah :

Gaji bersih penjamin adalah RM2,000 (amaun yang masuk ke dalam bank). Beliau ada loan rumah sebanyak RM500/bulan, dan kad kredit sebanyak RM100/bulan, jadi total komitmen loan beliau adalah RM600 sebulan.

RM600/RM2,000 x 100% = 30%

Jika komitmen bank/loan melebihi 30% dari gaji bersih beliau, kemungkinan besar beliau akan termasuk dalam kategori komitmen tinggi dan ditolak oleh pihak bank.

TIPS KEEMPAT

Berdasarkan tips ketiga dan contoh yang diberikan, penjamin masih mempunyai baki sebanyak RM1,400. Kenapa komitmen loan mesti tidak melebihi 30%?

Kerana baki gaji bersih tersebut dikira oleh pihak bank sebagai kos sara hidup. Takkan lah gaji bersih setelah ditolak semua komitmen loan hanya berbaki puluhan ringgit saja kan?

Bank mesti mengambil kira kos makan untuk sebulan, tanggungan, sewa, bil dan macam-macam lagi. Istilahnya adalah KOS SARA HIDUP dan kos ini berbeza-beza mengikut

  • Kawasan tempat tinggal
  • Rumah yang didiami
  • Status penjamin

dan banyak lagi.

TIPS KELIMA

Pastikan penjamin mempunyai rekod CCRIS/CTOS yang bagus. Bagus di sini bermaksud tidak mempunyai rekod bayar lewat, bayar mengikut jadual yang ditetapkan, dan tiada tunggakan.

Jika sebaliknya, berkemungkinan besar penjamin tersebut akan ditolak oleh pihak bank.

TIPS TAMBAHAN

Jika pemohon tidak mempunyai lesen memandu, penjamin WAJIB mempunyai lesen memandu. Jika penjamin juga tidak mempunyai lesen memandu, bank akan menolak dokumen penjamin tersebut kerana beranggapan berbahaya memberi pinjaman bank kepada individu-individu yang tidak mempunyai lesen kereta sama sekali.

Inilah 5 tips bagaimana anda dapat memilih penjamin loan kereta yang bagus. Bagi anda yang ingin membeli kereta baru, boleh KLIK LINKNYA DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *