TIPS MENJUAL KERETA ANDA SENDIRI !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam topik kali ini saya nak berkongsi tentang tips-tips dan cara untuk menjual kereta anda sendiri.

TIPS PERTAMA

Anda harus semak dahulu status kereta anda. Adakah kereta anda dibeli secara tunai (cash) atau dibeli secara pinjaman bank/kredit.

Jika kereta anda dibeli secara tunai, anda boleh terus jual tanpa perlu memikirkan implikasi hutang anda kepada bank. Ini kerana anda tidak menggunakan third party (bank) untuk urusan pembelian kereta.

Jika anda membeli kereta menggunakan pinjaman bank/kredit, anda perlu semak baki pinjaman loan kereta anda. Kenapa harus semak? Ada 2 situasi yang akan terjadi :

Situasi 1 : jika nilai kereta anda (yang akan dijual) lebih rendah dari baki pinjaman bank, anda perlu tambah wang (top up) dari hasil jualan kereta anda untuk langsaikan pinjaman bank sepenuhnya, sebelum menutup akaun loan kereta.

Situasi 2 : jika nilai kereta anda (yang akan dijual) lebih tinggi dari baki pinjaman bank, anda boleh langsaikan baki pinjaman bank sepenuhnya dan masih mendapat lebihan wang (cashback) dari hasil jualan kereta.

Situasi 2 lebih baik kerana anda mendapat sejumlah wang selepas menjual kereta anda sendiri, berbanding situasi 1 di mana anda harus keluarkan wang untuk menampung baki pinjaman bank. Anda boleh menggunakan lebihan wang (cashback) untuk :

  • Simpanan
  • Deposit untuk kereta baru yang anda ingin beli
  • Bayar hutang pinjaman lain seperti kad kredit, peribadi dan lain-lain

TIPS KEDUA

Anda boleh semak nilai kereta anda dengan :

  • Berjumpa dengan salesman kereta (untuk kereta baru yang anda ingin beli) dan minta mereka dapatkan nilai kereta
  • Melihat iklan di website mudah.my dan periksa harga jualan menurut spesifikasi kereta (jenama, model, spesifikasi, tahun dibuat, dan berapa cc).
  • Menggunakan khidmat third party seperti kedai menjual kereta terpakai, Mytukar, Carsome, Buybye dan sebagainya

TIPS KETIGA

Jika anda sudah tahu nilai kereta anda dan berapa baki pinjaman bank, anda boleh menjual kereta anda dengan :

  1. Menggunakan khidmat salesman kereta (untuk kereta baru yang ingin anda beli) yang dipanggil TRADE-IN
  2. Menggunakan khidmat third party online seperti Carsome, Mytukar dan Buybye
  3. Menggunakan khidmat thirt party offline seperti kedai menjual kereta terpakai
  4. Menjual sendiri dengan mengiklankan kereta anda di website-website kereta seperti carlist.my, www.mudah.my, dan banyak lagi
  5. Mengiklankan kereta anda di sosial media seperti whatsapp, facebook, telegram, tiktok dan instagram.

TIPS KEEMPAT

Bila anda sudah mendapat pembeli (jika anda menggunakan cara no. 4 & no. 5 dalam tips ke-3), kereta anda harus menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM (inspection) bertujuan menentukan kereta anda layak untuk menjalani proses pertukaran nama. Anda harus membuat tempahan di PUSPAKOM berdekatan rumah anda dan pastikan kereta anda sudah ada di lokasi pemeriksaan 1 – 2 jam sebelum waktu pemeriksaan.

Apabila pemeriksaan PUSPAKOM lulus, anda akan mendapat surat kelulusan dari PUSPAKOM iaitu borang B5.

TIPS KELIMA

Anda harus pergi ke mana-mana cawangan JPJ untuk proses pertukaran pemilik kereta. Anda harus membawa :

  1. Kad pengenalan
  2. Borang K3 – info pemilik sekarang dan pemilik baru kereta (ambil di JPJ dan isi)

Setelah selesai thumbprint dan sebagainya, anda boleh serahkan resit pertukaran pemilik kereta kepada pemilik baru. Pemilik baru harus datang ke JPJ dalam tempoh 7 hari untuk urusan thumbprint bagi mendapatkan geran baru kereta tersebut.

Gambar di atas adalah contoh borang K3. Kotak berwarna hijau harus diisi butir-butir pemilik asal, manakalah kotak merah harus diisi butir-butir pemilik baru,

Pemilik baru harus membawa :

  1. Kad pengenalan
  2. Resit pertukaran nama pemilik asal kereta
  3. Geran kereta pemilik asal
  4. Cukai jalan (roadtax) kereta pemilik asal
  5. Borang B5 (PUSPAKOM)
  6. Borang K3 – isi info pemilik asal dan pemilik baru
  7. Duit RM 100 untuk urusan pembayaran

TIPS KEENAM

Jika anda menggunakan cara no. 1 – 3 dalam tips ketiga, anda tak perlu pergi ke JPJ. Anda hanya perlu buat urusan thumbprint di kedai kereta terpakai/bangunan Carsome, Mytukar, Buybye/showroom kereta.

Sekian sahaja tips-tips dan cara menjual kereta anda sendiri. Semoga tips ini berguna dan dapat memudahkan urusan anda di kemudian hari.

 

Dan jika anda ingin membeli kereta baru, boleh KLIK DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *