Tentang Kami

Dr Rashwan adalah lulusan sarjana muda perubatan di Universitas Trisakti, Jakarta, Indonesia pada tahun 2012.

Pernah berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sibu sebagai doktor pelatih antara tahun 2012 – 2014 dan 2017 – 2018.

Beliau mulai memasuki bidang perbankan automotif bermula tahun 2019 di bawah jenama Proton.

Membantu lebih 400 orang pelanggan mendapatkan kereta pertama, berniaga, hadiah untuk keluarga dan kegunaan syarikat. Kebanyakan pelanggan beliau datang dari seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Malah ada juga dari negeri Kedah, Perak, Johor dan Sarawak.

Banyak berkongsi tentang ilmu perbankan automotif di laman Youtube beliau di bawah nama Prince Rashwan dan menjawab banyak persoalan dan kemusykilan pembeli kereta yang jarang diberi perhatian sebelum ini.