Saya pasti ramai di antara anda yang nak beli kereta idaman anda. Tetapi tergendala disebabkan kekangan bajet atau kewangan. Di sini saya berikan tips bagaimana anda dapat membeli kereta sesuai sesuai dengan bajet anda.
Saya letakkan contoh RM1,500 seperti yang tertera pada tajuk sebagai panduan sahaja. Anda boleh sesuaikan mengikut kewangan anda sendiri. Tetapi ada beberapa syarat yang harus dipenuhi untuk anda mengikut tips yang saya berikan.
SYARAT PERTAMA – Anda mesti tahu gaji pokok/basic salary anda
Contoh yang saya berikan adalah RM1,500 sebagai gaji pokok anda. Jika gaji pokok anda adalah RM2,000, RM3,000 malah RM10,000 sekalipun, pastikan anda tahu gaji pokok anda sendiri.
SYARAT KEDUA – Bank akan memeriksa kelayakan permohonan loan kereta berdasarkan gaji pokok
Banyak mitos atau info-info yang kurang tepat diberikan oleh saudara, kawan-kawan malah netizen berkaitan kelayakan memohon loan kereta. Ada yang berkata hanya gaji kasar diambil kira, ada yang berkata gaji bersih diambil kira. Tetapi bank akan memeriksa kelayakan permohonan loan anda berdasarkan gaji pokok, bukannya gaji kasar atau gaji bersih.
SYARAT KETIGA – Bank akan melihat gaji bersih sebagai panduan
Jika anda nak beli kereta, pastikan gaji bersih melebihi RM2,000 (tertera di dalam slip gaji). Ini untuk membuktikan bahawa gaji bersih anda mencukupi untuk menampung komitmen kereta walaupun anda mempunyai komitmen loan lain yang tidak tertera di dalam slip gaji.
Setelah anda memahami ketiga-tiga syarat ini dengan jelas, saya akan tunjukkan tips untuk membeli kereta mengikut kewangan anda.
Formulanya adalah :
Gaji Pokok x 2 x 12 bulan = harga kereta yang sesuai dengan bajet anda
Kenapa gaji pokok mesti didarabkan dengan 2? Untuk menyeimbangkan dengan gaji pokok anda dengan gaji kasar.
Contoh : Gaji pokok anda adalah RM2,000.
Jadi, RM2,000 x 2 x 12 bulan = RM48,000. Anda sesuai membeli kereta berharga RM48,000 dan ke bawah (mengikut bajet kewangan anda).
Tonton video di bawah untuk penjelasan penuh.
Semoga panduan ini berguna bagi anda yang nak beli kereta. Jika anda ingin membeli kereta Proton, boleh hubungi kami di https://princeproton.com
