
Ada sesetengah pembeli kereta, terpaksa menggunakan penjamin loan kereta (guarantor) kerana beberapa masalah yang terdapat dalam permohonan loan keretanya seperti :
- Gaji yang rendah
- Komitmen yang tinggi
- Baru bekerja
- Tiada lesen kereta
- Dan banyak lagi
Tetapi ramai yang mempunyai anggapan salah bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi penjamin. Anggapan itu tidak tepat kerana hanya ada 4 golongan sahaja yang dibenarkan menjadi penjamin loan kereta (guarantor) iaitu :
- Pasangan (jika sudah berkahwin)
- Ibubapa
- Anak-anak (jika pemohon sudah berusia atau pencen)
- Adik-beradik (kes-kes tertentu)
Maka, orang lain tidak boleh menjadi penjamin melainkan termasuk dalam 4 kategori seperti di atas. Manakala penjamin yang sesuai adalah memenuhi kriteria berikut seperti :
- Gaji pokok (basic pay) adalah minimal RM2,000
- Gaji bersih (net pay) sebaiknya minimal RM2,000 juga
- Mempunyai komitmen loan yang rendah
- Mempunyai rekod pembayaran CCRIS/CTOS yang baik
- Mempunyai lesen kereta
Jika anda mencari penjamin, sebaiknya cari dalam 4 golongan tersebut yang memenuhi 5 kriteria di atas. Jika tidak memenuhi kesemua kriteria tersebut,memadai jika memenuhi 2 kriteria teratas untuk memastikan loan kereta anda lulus tanpa sebarang masalah.
Tonton video di bawah untuk penjelasan secara penuh.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memilih penjamin loan kereta yang bagus dalam dokumen dan rekod pembayarannya.
Jika anda ingin membeli kereta Proton, boleh hubungi kami di https://princeproton.com

Pingback: BAGAIMANA INDIVIDU BERGAJI CASH BOLEH MEMBELI KERETA ! - Info Kereta
Pingback: TIPS MEMBELI KERETA BAGI LEPASAN GRADUAN ! - Info Kereta