
Seperti anda sedia maklum, untuk membeli kereta secara pinjaman bank ataupun tunai, memerlukan lesen kereta sebagai bukti anda boleh membawa kereta. Tetapi, bagaimana jika ANDA TIADA LESEN KERETA?
Ada sesetengah bank yang boleh memproses loan kereta walaupun si pemohon tiada lesen kereta. Tetapi ada beberapa kriteria yang harus diikuti, iaitu :
Harus sertakan sekali KAD PENGENALAN dan LESEN KERETA ahli keluarga terdekat sama ada
- Pasangan (jika sudah berkahwin)
- Ibu bapa
- Adik-beradik (jika belum berkahwin dan adik-beradik juga belum berkahwin)
Selain itu, kriteria yang ditetapkan bank lebih ketat dibandingkan si pemohon yang mempunyai lesen kereta. Contohnya :
BANK RAKYAT
- Menetapkan syarat bahawa gaji pokok minimum untuk memohon adalah RM2,000. Bermaksud dalam slip gaji pemohon mesti tertera gaji pokok/basic pay minimal RM2,000
- Syarikat tempat pemohon berkerja mestilah syarikat yang besar dan mempunyai struktur organisasi yang kukuh. Maksudnya pemohon yang berkerja di bawah nama ENTERPRISE, atau syarikat yang usianya kurang dari 5 tahun sangat susah untuk mendapat kelulusan.
- Gaji bersih pemohon (di dalam slip gaji) mestilah sekurang-kurangnya RM2,000.
BANK MAYBANK
- Menetapkan syarat bahawa gaji pokok minimum untuk memohon adalah RM2,000. Bermaksud dalam slip gaji pemohon mesti tertera gaji pokok/basic pay minimal RM2,000
- Gaji bersih pemohon (di dalam slip gaji) mestilah sekurang-kurangnya RM2,000.
BANK AMBANK
- Menetapkan syarat bahawa gaji kasar (di dalam slip gaji) sekurang-kurangnya RM2,500 bagi individu berumur di atas 25 tahun dan sekurang-kurangnya RM3,000 bagi individu berumur di atas 30 tahun.
Tetapi bagaimana jika anda tidak memenuhi salah satu kriteria di atas?
Dokumen permohonan pinjaman kereta anda harus disokong oleh penjamin yang tergolong dalam kategori ini :
- Pasangan
- Mak ayah
- Adik-beradik
Itu adalah contoh beberapa kriteria yang ditetapkan oleh bank. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang tiada lesen kereta supaya memudahkan dalam membuat pinjaman bank.
Dan bagi anda yang ingin membeli kereta Proton Baru, boleh KLIK DI SINI.

Pingback: TIPS MEMBELI KERETA BAGI LEPASAN GRADUAN ! - Info Kereta