
Idea Konsep Kereta Negara telah lama berada di fikiran Tun Dr Mahathir Mohamad mulai tahun 1979, timbalan perdana menteri pada waktu itu.
Pada tahun 1981, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-4, beliau telah melancong ke negara-negara asia timur untuk mengukuhkan hubungan diplomatik dan membawa pelaburan dari luar negara ke dalam Malaysia.
Beliau mempunyai visi, ingin menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian.
“Kita tak boleh terus jadi pengguna saja. Kita kena jadi pengeluar supaya dapat mengeksport dan menjual barang kita ke negara lain. Sumber pendapatan negara juga akan meningkat. Tapi kita nak jadi pengeluar barangan apa?” monolog Tun Dr Mahathir bersendirian.
Kemudian, presiden Mitsubishi Motors Corporation melakukan lawatan ke Malaysia pada tahun 1981, sekaligus memicu idea Dr Mahathir untuk menubuhkan kilang kereta pertama buatan negara.
Pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi Corporation.
Dan Pada Mei 1983, syarikat pengeluar kereta Malaysia yang pertama ditubuhkan dengan nama PROTON, singkatan daripada PeRusahaan OTOmobil Nasional Sendirian Berhad, dengan modal berbayar sebanyak RM 150,000,000.

LOGO PROTON PADA TAHUN 1985
Pemegang saham pada waktu itu adalah :
- Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad ( 70% )
- Mitsubishi Motors Corporation, Jepun ( 15% )
- Mitsubishi Corportation, Jepun ( 15% )
Dan pada bulan Julai 1985, akhirnya PROTON mengeluarkan model keretanya yang pertama iaitu Proton Saga berasaskan model Mitusbishi Lancer Fiore. Proton Saga dilancarkan dari barisan pengeluaran kilang di Shah Alam.

Dan syarikat PROTON terus mengeluarkan model-model terbarunya sehingga ke hari ini.
